Saturday, December 25, 2010

PENGENALAN


Selamat Datang Ke Laman Blog COMBI Taman Pinggiran Golf, Seremban 
1.0  LATAR BELAKANG LOKALITI

1.1       Taman Pinggiran Golf (TPG) Seremban adalah sebuah taman perumahan yang terletak di antara Seremban International Golf Club (SIGC) dan taman perumahan Taman Paroi Jaya di daIam Mukim Ampangan Daerah Seremban. Akses ke TPG adalah melalui Jalan Kuala Pilah kira-kira sejauh 8 km dari pusat bandar Seremban.

1.2          Komposisi pemastautin adalah terdiri daripada 100 % bangsa Melayu.

1.3          Bangunan premis di TPG terdiri dari dua jenis iaitu rumah kediaman (banglo & rumah teres) dan lot perniagaan. Daripada 350 premis kediaman, hanya 250 sahaja yang diduduki manakala dari 12 premis perniagaan, hanya 10 sahaja yang beroperasi.

1.4            Lokasi dan model TPG adalah seperti yang tertera di Rajah 1 di bawah :-

2.0   LATAR BELAKANG PENUBUHAN

2.1       COMBI (Communication for Behavioural Impact) atau “Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku” adalah satu Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Di peringkat daerah, COMBI terletak di bawah Pejabat Kesihatan Daerah. Oleh itu, COMBITPG adalah merupakan salah satu NGO di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Seremban. Ahli jawatankuasa (AJK) dan sukarelawan COMBITPG adalah terdiri dari pemastautin yang menetap di Taman Pinggiran Golf Seremban.

2.2       COMBITPG telah mula ditubuhkan pada tahun 2006 sebagai langkah proaktif, reaktif dan korektif terhadap peningkatan kes demam denggi di TPG dan keperluan mewujudkan satu badan khas di peringkat taman untuk merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai pelbagai program/aktiviti yang dijalankan.
           
3.0  ORGANISASI COMBITPG

3.1          Visi COMBITPG adalah untuk menjadi sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang cemerlang & meresap di hati setiap hati warga TPG pada tahun 2011.

3.2          Misi COMBITPG adalah untuk mempelbagai kaedah Komunikasi Ke Arah Perubahan Tingkah Laku komuniti bagi menghasilkan masyarakat yang berfikiran positif, berterusan menjaga kebersihan dan sentiasa meningkatkan kesihatan.

3.3          Moto COMBITPG adalah Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat”.
           
3.4       Objektif COMBITPG meliputi perkara-perkara seperti berikut :-

 i. Merancang program/aktiviti tahunan, bulanan dan mingguan;
ii. Melaksanakan, menyelaras, memantau dan menilai setiap program/aktiviti;
iii.Melakukan kerja/ikhtiar yang boleh menjana sumber kewangan;
iv.Menggerakkan sukarelawan supaya berpartisipasi dan komited dengan amanah yang diberikan;
v. Mendidik komuniti supaya celik dengan aspek nyamuk aedes, demam denggi, penguatkuasaan aedes,   peranan komuniti dan lain-lain perkara yang berkaitan melalui pelbagai kaedah komunikasi serta lawatan ke premis kediaman / perniagaan, edaran risalah berkala kepada penduduk TPG dan pembangunan laman blog COMBI;
vi. Sentiasa bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Seremban (PKDS), Majlis Perbandaran Seremban (MPS), agensi-agensi Kerajaan dan lain-lain Lokaliti COMBI semasa melaksanakan program/aktiviti yang berkaitan dengan COMBI;
vii. Memastikan usaha ke arah pengurangan kes demam denggi sentiasa berterusan di peringkat Taman Pinggiran Golf; dan
viii. Memperkukuh AJK/sukarelawan dengan semua skil yang diperlukan menerusi latihan yang bersesuaian dan berterusan.



3.5       AJK COMBITPG dilantik oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban (PKDS) berdasarkan kepada cadangan senarai nama yang dikemukakan. Struktur Pasukan/AJK COMBITPG terdiri dari Jawatankuasa Utama (JKU) dan sukarelawan COMBI adalah seperti yang tertera di dalam Rajah 2 berikut :-



Rajah 2 : Carta Organisasi Pasukan/AJK COMBITPG

4.0  Program/Aktiviti COMBITPG

4.1         Penentuan Domain Strategik

Ditentukan bagi tujuan menetapkan landasan dan hala tuju bagi pelaksanaan semua program/aktiviti dengan mengambil kira faktor kekuatan seperti sumber manusia dan faktor kekangan seperti sumber kewangan. Program/Aktiviti COMBITPG terbahagi kepada tiga (3) domain yang besar dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain iaitu Aktiviti Sekretariat, Aktiviti Lapangan dan Aktiviti Pendidikan seperti yang digambarkan di dalam Rajah 3 di bawah :-


Rajah 3 : Domain Program/Aktiviti COMBITPG

4.2       Domain Sekretariat merangkumi program/aktiviti yang berkaitan dengan urusan urusetia seperti mesyuarat pengurusan dan mesyuarat jawatankuasa kerja.

4.3       Domain Lapangan merangkumi program/aktiviti yang berkaitan dengan urusan seperti lawatan berkala premis bangunan ( rumah kediaman dan bangunan kedai ), meja serahan abate, booth COMBI, kutipan barang lusuh, pemasangan jerangkap nyamuk, fogging, majlis sambutan hari raya, hari keluarga COMBI, gotong-royong peringkat taman, penyertaan acara rasmi, ops sikap COMBI dan COMBI Smartpartnership.

4.4       Domain Pendidikan merangkumi program/aktiviti yang berkaitan dengan urusan seperti latihan pengukuhan AJK/sukarelawan, buletin COMBI ( Ar-Risalah ), sudut COMBI, pembangunan laman blog (combitpgs.blogspot.com), dialog dengan agensi kerajaan, penubuhan skuad remaja COMBI TPG, COMBI Outreach, semarak rohani dan lawatan sambil belajar.

No comments:

Post a Comment